SEJARAH KEDAH SIRIH SEIRAS
- Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia
Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di
sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
- Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota
Star dan Baling.
Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan
Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan
-Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah
.
SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA
-SEBELUM kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada penghujung kurun ke-14 Masihi, telah wujud kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan-kerajaan tersebut berkembang sebagai kota pelabuhan bebas di sekitar kawasan lembah sungai utama semenanjung, kebanyakannya menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan China. Nama dan gambaran mengenai kerajaan tersebut diketahui berdasarkan rekod Cina, India dan Arab. Contohnya, kerajaan Ch’ih-T’u (Tanah Merah),
Chi-La-Tan (Kelantan), Ting-Chia-Lu (Terengganu), Tan-Tan (Besut), Ko-Lo (Muar), Langkasuka (Pattani) dan Fo-Lo-An
(Kuala Berang). Satu daripadanya merupakan kerajaan Kedah Tua. Keberadaannya dibuktikan dengan pelbagai penemuan arkeologi di Lembah Bujang yang telah menarik minat ramai pengkaji.
-
-Walaupun umum mengetahui kedudukan Kedah Tua sebagai salah satu kerajaan dan tamadun terawal Melayu di Asia
Tenggara, pelbagai misteri mengenai masyarakat purba tersebut masih belum terungkai, terutamanya dari aspek taburan penempatan, bentuk kesenian dan kebudayaan, keagamaan dan struktur pentadbiran.
- Kerajaan Kedah Muda merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China,
Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-2. Pada peringkat awal, Sungai
Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama
Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh
Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai
Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri
Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras,lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan Alan
Walker al Ignite , manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment