Friday, July 12, 2019

KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 2

                                                Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

👉 Pengenalan

Kesultanan Melayu Melaka berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya menjadi
kerajaan yang masyhur. Beberapa faktor telah melonjakkan kerajaan ini berkembang menjadi
sebuah kerajaan yang gemilang di Alam Melayu.
Faktor Kegemilangan
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan oleh faktor kepemimpinan raja yang
berwibawa, sistem pentadbiran yang cekap dan sistem perundangan yang tersusun.

    Kepemimpinan Raja

Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan
yang mempunyai kuasa tertinggi. Hak kuasa ini berpunca
daripada beberapa sumber.

1. Keturunan Raja Palembang

• Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah
Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak
Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur
daripada Iskandar Zulkarnain.
• Susur galur ini memberikan taraf kedudukan
yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam
kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

2. Peranan yang Unggul

Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sistem pemerintahan:
• Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
• Merupakan ketua angkatan tentera.
• Mengetuai hubungan diplomatik.
• Menyelaraskan kegiatan ekonomi.
• Menjadi Ketua Agama Islam.
• Menegakkan keadilan.

3. Daulat dan Alat Kebesaran

• Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan
derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat
istana dan alat kebesaran diraja.
• Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai
pemimpin. Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan
memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka
kepada raja.
• Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor,
nobat, keris, lembing dan mahkota. Alat kebesaran
digunakan semasa upacara istiadat pertabalan,
perkahwinan dan kemangkatan raja.
• Konsep daulat, adat istiadat dan alat
kebesaran menjadikan raja mempunyai
kedudukan yang tinggi dan istimewa. Hal ini
mengukuhkan kedudukan raja dalam sistem
pemerintahan kerajaan Melaka.

4. Kewibawaan

• Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil,
berwibawa dan mengambil berat terhadap
kebajikan rakyat.
• Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang
ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka.
• Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah
merupakan pemerintah yang mengutamakan
keamanan dan kebajikan rakyat. Sultan Mansur
Shah menasihatkan puteranya, Sultan Alauddin
Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat,
menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan
bekerjasama dengan pegawai-pegawainya.
Sistem Pentadbiran
Sultan berada di puncak sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Sultan
melantik pembesar untuk membantunya dalam pentadbiran. Hal ini menyebabkan Kesultanan
Melayu Melaka gemilang dengan sistem pentadbiran yang tersusun dan berkesan.

1. Sistem Pembesar Empat Lipatan

Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini bermaksud pada setiap
peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik
oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran.
Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar
berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga
puluh dua.
Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan
pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim
dan kampung.

2. Tugas Pembesar

Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan seperti:
• Menjaga keamanan kawasan.
• Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.
• Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui
sistem kerah.
Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir.
Pengurniaan kawasan ini sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan
pentadbiran yang mantap:
• Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
• Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai kawasan pemakanan.
• Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada
pemerintah sebagai ufti.




3 comments:

VIDEO: DASAR WAWASAN NEGARA

https://youtu.be/C2CZLiftm3o