Friday, July 19, 2019

KESULTANAN JOHOR RIAU

                                                             KESULTANAN JOHOR RIAU


 đź‘‰SIPNOPSIS

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh
waris Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan
kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor
Riau berjaya menghadapi cabaran
ke arah kegemilangan. Kegemilangan
dicapai dari aspek perdagangan dan
persuratan Melayu. Kegemilangan
Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah
empayar yang unggul di Alam Melayu
berakhir dengan Perjanjian Inggeris
Belanda 1824.

1.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

👉 Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi
sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan
Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal di Alam Melayu.

1. Pengasasan Kerajaan

Kesultanan Johor Riau telah
diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun
Fatimah. Baginda menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat
Shah I (1528-1564).
Bendahara Seri Nara Diraja
dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri
di pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara Pekan Tua

Sultan Alauddin Riayat Shah I
membina pusat pemerintahan di
Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528.Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan
dalam memudahkan kapal untuk
keluar masuk.Kawasan berbukit bukau di sekitar
Kota Kara menjadi benteng
pertahanan daripada ancaman luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong,
Sayong Pinang

Kota Kara di Pekan Tua telah
diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis pada tahun 1535.
Sultan Alauddin Riayat Shah I
berundur dan membuka pusat
pemerintahan di Kota Sayong.
Kawasan ini lebih selamat kerana
kapal perang musuh sukar melintasi
sungai yang sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu,
Johor Lama

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat
Shah I memindahkan pusat pemerintahan
ke Kota Batu, Johor Lama.
Kawasan ini juga dikenal sebagai
Tanjung Batu.
Kedudukannya yang strategik di Sungai
Johor yang lebar dan dalam memudahkan
kemasukan kapal dagang.

1.2 Cabaran Ke Arah Kegemilangan

Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya.
Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis, Perang Johor-Jambi,
konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil.

                                                     1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis
Add caption

Monday, July 15, 2019

SEJARAH NEGERI SEMBILAN

-PENDUDUK ASAL
-Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.


-PENGHIJRAHAN ORANG MINANGKABAU
- Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

-ASAL NAMA NEGERI SEMBILAN
-- Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai UjongJohol,  Jelebu dan Jelai yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang,  dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

-YAMTUAN
- Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.
Istilah Yang DiPertuan Besar adalah gelaran pemimpin bagi orang Melayu sebelum kedatangan Buddha, Hindu dan Islam. Ini dibuktikan melalui pendiri kerajaan Srivijaya pertama iaitu Sri Jayanasa menggunakan gelaran Dapunta Hyang yang bermaksud Yang Dipertuan Yang Suci.

-ADAT PERPATIH
-Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelakiPada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang didapat Negeri Melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
-
- Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan     Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di NaningSelepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

SEJARAH KEDAH SIRIH SEIRAS



- Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.

Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.


Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan

-Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Cholaseperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah
.
SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

-SEBELUM kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada penghujung kurun ke-14 Masihi, telah wujud kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan-kerajaan tersebut berkembang sebagai kota pelabuhan bebas di sekitar kawasan lembah sungai utama semenanjung, kebanyakannya menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan China. Nama dan gambaran mengenai kerajaan tersebut diketahui berdasarkan rekod Cina, India dan Arab. Contohnya, kerajaan Ch’ih-T’u (Tanah Merah), Chi-La-Tan (Kelantan), Ting-Chia-Lu (Terengganu), Tan-Tan (Besut), Ko-Lo (Muar), Langkasuka (Pattani) dan Fo-Lo-An (Kuala Berang). Satu daripadanya merupakan kerajaan Kedah Tua. Keberadaannya dibuktikan dengan pelbagai penemuan arkeologi di Lembah Bujang yang telah menarik minat ramai pengkaji.
-
-Walaupun umum mengetahui kedudukan Kedah Tua sebagai salah satu kerajaan dan tamadun terawal Melayu di Asia Tenggara, pelbagai misteri mengenai masyarakat purba tersebut masih belum terungkai, terutamanya dari aspek taburan penempatan, bentuk kesenian dan kebudayaan, keagamaan dan struktur pentadbiran.

- Kerajaan Kedah Muda merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-2. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timahemasberas,lada hitamgadingdamarrotantanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan Alan Walker al Ignite , manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

VIDEO: DASAR WAWASAN NEGARA

https://youtu.be/C2CZLiftm3o